VISI
*Penubuhan
club ini adalah untuk mengumpulkan lebih ramai ahli club JELAJAH BORNEO dan
melahirkan pemandu yang berilmu tentang bidang permotoran.
*Menjadikan
sebuah club permotoran yang terkenal dari segi aktiviti kemasyarakatan.
*Memupuk
semangat setia kawan dan mengeratkan silaturahim diantara ahli-ahli club.
MISI
*Menerapkan
nilai kekeluargaan antara ahli club JELAJAH
BORNEO
*Menggalakan
dan memupuk gaya hidup sihat,aktif,cergas, berdisiplin,berharmoni dengan
menganjurkan aktiviti-aktiviti perkelahan/perkhemahan,konvoi,hari keluarga dan
sebagainya.
* Menerapkan
cara memandu kereta yang lebih selamat ,berhemah dan berdisiplin dikalangan
ahli club agar tidak dipandang enteng terhadap pemandu-pemandu club JELAJAH BORNEO.
*Melaksanakan
kerja-kerja amal untuk mana-mana badan kebajikan, organisasi atau pertubuhan,tempat-tempat
beribadah dan bencana alam di Negara ini bagi memupuk semangat toleransi dan
tolong-menolong dan kesedaran dikalangan ahli club agar lebih peka dengan
persekitaran dan hampir dengan masyarakat sekeliling.
*Mendedahkan
dan mendidik ahli club tentang cara-cara mengendali dan membaiki kereta mereka
sendiri terutamanya apabila berlaku kecemasan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan