Jumaat, 24 April 2015

PERASMIAN PENUBUHAN CLUB JELAJAH BORNEO 2015

Perasmian Club Jelajah Borneo
   
     Semasa majlis perasmian club jelajah borneo seramai 180 ahli dan penduduk kampung yang hadir pada majlis tersebut,yang diadakan bertempat di kampung unta,lahad datu.Program tersebut di sokong oleh PDRM dan KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN.
    Majlis ini dirasmikan oleh PUAN HJH SOLEHA ABD WAHID, iaitu Timbalan pengerusi perumahan LPPB negeri sabah dan merangkap penyelaras perwani P 188 silam,dan juga Penaung club jelajah borneo.dalam ucapan beliau,penubuhan club jelajah borneo amat digalakkan khas kepada golongan remaja dan belia yang menjadi tonggak dan bakal pemimpin pada masa hadapan,beliau menyokong sepenuhnya usaha yang menyatupadukan belia di seluruh negeri terutamanya dalam bahagian permotoran.seramai 350 ahli yang telah berdaftar dari pelusuk negeri sabah dan agenda perjumpaan ini juga adalah sebagai hubungan silaturrahim di kalangan ahli.
    Club Jelajah Borneo telah ditubuhkan sejak awal tahun 2013 yang dipengerusikan oleh ANDI ODDANG TATTA.Penubuhan club jelajah borneo di negeri ini juga akan terus aktif  dalam melaksanakan program kemasyaratan dan keagamaan di bawah pimpinan ERWAN SHAH JUNAIDI@DOYOK.













Tiada ulasan:

Catat Ulasan