Jumaat, 24 April 2015

PERASMIAN PENUBUHAN CLUB JELAJAH BORNEO 2015

Perasmian Club Jelajah Borneo
   
     Semasa majlis perasmian club jelajah borneo seramai 180 ahli dan penduduk kampung yang hadir pada majlis tersebut,yang diadakan bertempat di kampung unta,lahad datu.Program tersebut di sokong oleh PDRM dan KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN.
    Majlis ini dirasmikan oleh PUAN HJH SOLEHA ABD WAHID, iaitu Timbalan pengerusi perumahan LPPB negeri sabah dan merangkap penyelaras perwani P 188 silam,dan juga Penaung club jelajah borneo.dalam ucapan beliau,penubuhan club jelajah borneo amat digalakkan khas kepada golongan remaja dan belia yang menjadi tonggak dan bakal pemimpin pada masa hadapan,beliau menyokong sepenuhnya usaha yang menyatupadukan belia di seluruh negeri terutamanya dalam bahagian permotoran.seramai 350 ahli yang telah berdaftar dari pelusuk negeri sabah dan agenda perjumpaan ini juga adalah sebagai hubungan silaturrahim di kalangan ahli.
    Club Jelajah Borneo telah ditubuhkan sejak awal tahun 2013 yang dipengerusikan oleh ANDI ODDANG TATTA.Penubuhan club jelajah borneo di negeri ini juga akan terus aktif  dalam melaksanakan program kemasyaratan dan keagamaan di bawah pimpinan ERWAN SHAH JUNAIDI@DOYOK.













Khamis, 23 April 2015

VISI DAN MISI CLUB JELAJAH BORNEO

VISI                 
           *Penubuhan club ini adalah untuk mengumpulkan lebih ramai ahli club JELAJAH BORNEO  dan melahirkan pemandu yang berilmu tentang bidang permotoran.
          *Menjadikan sebuah club permotoran yang terkenal dari segi aktiviti kemasyarakatan.
         *Memupuk semangat setia kawan dan mengeratkan silaturahim diantara ahli-ahli club.

MISI
         *Menerapkan nilai kekeluargaan antara ahli club JELAJAH BORNEO
         *Menggalakan dan memupuk gaya hidup sihat,aktif,cergas, berdisiplin,berharmoni dengan menganjurkan aktiviti-aktiviti perkelahan/perkhemahan,konvoi,hari keluarga dan sebagainya.
         * Menerapkan cara memandu kereta yang lebih selamat ,berhemah dan berdisiplin dikalangan ahli club agar tidak dipandang enteng terhadap pemandu-pemandu club JELAJAH BORNEO.
          *Melaksanakan kerja-kerja amal untuk mana-mana badan kebajikan, organisasi atau pertubuhan,tempat-tempat beribadah dan bencana alam di Negara ini bagi memupuk semangat toleransi dan tolong-menolong dan kesedaran dikalangan ahli club agar lebih peka dengan persekitaran dan hampir dengan masyarakat sekeliling.
         *Mendedahkan dan mendidik ahli club tentang cara-cara mengendali dan membaiki kereta mereka sendiri terutamanya apabila berlaku kecemasan.

Rabu, 22 April 2015

WELCOME TO JELAJAH BORNEO CLUB


Assalamualaikum w.b.t...
Selamat datang ke laman web rasmi JELAJAH BORNEO CLUB. laman ini dibuat untuk kegunaan ahli club untuk berkongsi cerita dan pengalaman -masing.